Selasa, 10 Disember 2013

Debat antara Kristian dan Islam Di indonesia

Di mana Malaysia jarang sekali ada forum seperti ini yang membincang ilmu berkait antara agama. Apa yang kita sering lihat dan di momok adalah menghentam kerajaan. Seolah-olah perjuangan Masyarakat Malaysia ada untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada. Dan menggantikan dengan yang belum tentu menjamin hidup masyarakat majmuk Malaysia.

Isnin, 20 Ogos 2012

Pengenalan Blog

           Memuatkan sebuah kehidupan pada di dalam blog. Perkara pertama yang saya ingin nyatakan disini ia berdasarkan kehidupan harian saya. Atau lebih menjurus kepada peluang hidup saya dan persekitaran saya. Sekiranya terdapat perkataan yang menguris hati para pembaca pada tulisan-tulisan saya. Mohon maafkan saya dan bukan niat saya hendak menghentam saudara-saudari sekalian. Cuma mungkin ia berkaitan dengan anda. Saya merasakan saya harus memulakan sesuatu yang saya ingin lakukan sejak dahulu lagi. Walaupun saya sedar saya mempunyai kelemahan dalam aspek penulisan sewaktu pangku sekolah maupun zaman kolej tetapi ia tidak bermakna saya tidak mampu menulis sesuatu dengan baik. Apa yang saya ingin tulis di ruang blog ini adalah berkaitan kehidupan harian dan pandangan saya terhadap sesuatu perkara.
         Di sini juga saya ingat semua pembaca (sekiranya ada pembaca blog ini) blog adalah pendapat peribadi ia tidak berkait dengan mana pertubuhan mahupun persatuan di Malaysia. Info-info terdapat dalam ruang blog ini belum terbukit kesahihan nya. Cuma ia sekadar bahan bacaan kita semua. Penggunaan bahasa dalam blog ini ada bahasa seharian saya. Jadi kalau terselit perkataan bahasa inggeris minta semua paham-paham lah iya!!. Ia tidak bermakna saya mencelupkan bahasa kebangsaan kita atau merosakkan bahasa melayu atau dengan istilah lain merojakkan nya. Akhir kata saya ingin melahirkan rasa terima kasih sekiranya anda membaca ruang blog ini.